Sunday 21 October 2018

LATIHAN KEBAKARAN & PENGUNGSIAN BANGUNAN MPKu 2018.

Program latihan kebakaran & pengungsian bangunan Majlis Perbandaran Kulai ( MPKu ) telah diadakan pada hari Ahad,21 Oktober 2018 bertempat di perkarangan MPKu. Latihan ini melibatkan semua kakitangan dan ketua jabatan MPKu dengan kerjasama penuh Jabatan Bomba dan Penyelamat daerah Kulai. Latihan ini juga menguji kecekapan Pasukan Tindakan Cepat ( ERT Team ) yang terdiri daripada kakitangan MPKu sekiranya berlaku kecemasan di tempat kerja. Kerjasama antara pihak Bomba dan ERT Team MPKu dilihat suatu kerjasama yang baik dan proses pembelajaran yang penting dalam menangani situasi cemas. Dalam program ini juga telah dilakukan demonstrasi pemadaman kebakaran kepada semua kakitangan. Semoga program dan kerjasama bermanfaat ini akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dengan lebih komprehensif.

No comments:

Post a Comment