Wednesday 14 February 2018

LAWATAN DAN SIDANG AKHBAR PEMBANGUNAN JAMBATAN ULU CHOH

Lawatan dan sidang akhbar pembangunan jambatan Ulu Choh bersama Majlis Perbandaran Kulai dan Kepimpinan Masyarakat Setempat telah diadakan pada hari rabu, 14 Februari 2018. Jambatan ini telah musnah akibat bencana alam tahun lalu dan kini telah dibaiki dan boleh digunakan semula dengan kualiti yang lebih baik.


















Tuesday 13 February 2018

PELANCARAN KEMPEN GEMPUR GERAH PERINGKAT MPKu 13 FEB

Majlis Pelancaran Gempur Gerah (Gerakan Revolusi AntiRasuah) peringkat Majlis Perbandaran Kulai telah diadakan serentak seluruh Malaysia. Di peringkat MPKu telah diadakan pada Selasa, 13 Februari 2018. Ceramah telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pencegah SPRM Johor, Penolong Kanan Pesuruhjaya (PKPj), Tn Zuber bin Haji Zainal. Manakala gimik perasmian telah disempurnakan oleh Yang DiPertua MPKu, Tn Haji Farizal Bin Ismail.


















Monday 12 February 2018

Menjaga kebersihan demi kesihatan bersama

NASIHAT KESIHATAN UNTUK MENGELAKKAN KESAN PENYAKIT YANG MUNGKIN BERLAKU AKIBAT CATUAN AIR DARI
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Pada masa sekarang ini, beberapa tempat di Malaysia sedang mengalami catuan air.  Catuan air ini dijangka akan memberi kesan kepada penjagaan kebersihan diri, keluarga, makanan, minuman, pakaian, peralatan, premis serta risiko penyakit. Justeru, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil oleh rakyat Malaysia dalam menghadapi catuan air:
  1. Pastikan kebersihan diri, air digunakan dengan berhemah untuk membersihkan diri dari kekotoran. Pastikan, tangan dibasuh dengan menggunakan sabun atau sanitiser selepas menggunakan tandas, sebelum makan dan sebelum mengendalikan atau menyediakan makanan.
  2. Pastikan air disimpan dalam bekas yang bersih dan sentiasa bertutup untuk mengelakkan pencemaran luaran terutamanya jika air tersebut untuk tujuan penyediaan makanan dan minuman. Bekas bertutup juga bagi mengelakkan pembiakan nyamuk.
  3. Masak makanan dengan sempurna pada suhu tinggi 80℃ untuk memastikan bakteria dihapuskan dan tidak menyebabkan keracunan makanan. Pastikan makanan berasaskan daging dimasak dengan sempurna (tiada tanda-tanda mentah).
  4. Pengendali makanan bertanggungjawab memastikan keselamatan makanan yang mereka jual atau hidangkan kepada pengguna. Sekiranya air catuan yang bersih tidak mencukupi, guna air berbungkus yang terdapat di pasaran sebagai pilihan kerana ia lebih selamat.
  5. Penggunaan air perigi untuk memasak makanan dan minuman adalah dilarang kecuali perigi tersebut telah dirawat dengan klorin serta terhindar dari punca pencemaran.
  6. Orang awam perlu sentiasa menjaga kesihatan diri dan mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran dengan segera sekiranya menghadapi masalah kesihatan.
  7. Orang awam juga diingatkan untuk mengambil tindakan mencegah pembiakan nyamuk aedes yang mungkin berlaku dalam air yang disimpan semasa catuan air. Pastikan tiada pembiakan nyamuk aedes di dalam bekas-bekas yang digunakan untuk menyimpan air :-

    • Sering memeriksa takungan air supaya tiada jentik-jentik. Jika ada, buang air tersebut dan bersihkan bekas.
    • Berus dan sental bekas seminggu sekali supaya telur nyamuk aedes tidak melekat pada bekas tersebut dan menjadi jentik-jentik.
    • Bubuh bahan pembunuh jentik-jentik jika menyimpan air lebih dari 7 hari atau
    • Tutup rapat bekas-bekas tersebut.

Sunday 11 February 2018

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT MAJLIS PERBANDARAN KULAI TELAH
DIADAKAN DI SURAU IBNU MAKHTUM PADA KHAMIS,8 FEBRUARI 2018.
CERAMAH TELAH DISAMPAIKAN OLEH USTAZ MOHD RIFQI MYIDDIN






Tuesday 6 February 2018


MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KERAJAAN DAERAH KULAI & SENAMROBIK
TELAH DIADAKAN DI PERKARANGAN PEJABAT DAERAH KULAI.



Monday 5 February 2018

SEKITAR MAJLIS AMANAT 2018 YANG DIADAKAN DI
PINEWOOD ISKANDAR MALAYSIA STUDIOS
PADA AHAD, 4 FEBRUARI 2018
#TEAMJOHOR






SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA, GONG XI FA CHAI KEPADA SELURUH KAUM TIONG HUA DAN WARGA KULAI... SELAMAT BERCUTI, BERHATI-HATI MEMANDU DAN JAGA KESELAMATAN DIMANA SAHAJA ANDA BERADA.

INGATAN TULUS IKHLAS :
YANG DIPERTUA,AHLI MAJLIS DAN SELURUH WARGA MAJLIS PERBANDARAN KULAI

PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KERAJAAN DAERAH KULAI.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KERAJAAN DAERAH KULAI & SENAMROBIK TELAH DIADAKAN DI PERKARANGAN PEJABAT DAERAH KULAI.