Thursday 10 January 2019

TEMPOH BAYARAN CUKAI HARTA TAHUN 2019


Cukai Harta
  1. Apakah Itu Cukai Harta?
    Cukai Harta atau Taksiran adalah cukai yang dikenakan ke atas setiap pegangan berkadar dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Perbandaran Kulai seperti:
    -Rumah Kediaman
    -Harta Perusahaan dan Perdagangan(kedai, kilang, hotel dan sebagainya) -Tanah Kosong
    -Tanah Pertanian Unit-unit dalam rumah pangsa, kondominium, bangunan pejabat dan lain-lain bangunan bertingkat juga merupakan pegangan berkadar yang dikenakan cukai harta.

  2. Bagaimana Ianya Dikira?
    Cukai harta dikira berdasarkan kepada Nilai Tambah dan Kadar. Nilai tambah berasaskan kepada Harga Pasaran Harta pada satu aras nilai tertentu. Kadar pula adalah peratus yang dikenakan ke atas nilai harta tersebut sebagai cukai harta yang perlu dibayar. Nilai Tambah Harta boleh dipinda sekiranya terdapat perubahan pada harta atau berlaku kesilapan atau ketidakseragaman mengikut Seksyen 144(1) Akta Kerajaan Tempatan 1976. Pemilik harta boleh membuat bantahan sekiranya tidak berpuas hati dengan pindaan tersebut. Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis sebelum tamat tempoh yang diberikan

  3. Bila Ia Perlu Dibayar?
    Cukai harta perlu dibayar 2 kali setahun iaitu:
    1. Tahun Pertama - 1 Januari hingga 28 Februari bagi tiap-tiap tahun
    2. Tahun Kedua - 1 Julai hingga 31 Ogos bagi tiap-tiap tahun

  4. Bagaimana Jika Ia Tidak Dijelaskan Dalam Tempoh Tersebut?
    Mengikut Seksyen 147(1) Akta 171 Kerajaan Tempatan tindakan yang akan dikenakan jika anda tidak menjelaskan bayaran dalam tempoh tersebut . Rujuk bahagian perundangan (akta).

  5. Apa perlu dibuat jika bil cukai harta tidak diterima?
    Sekiranya anda tidak menerima bil cukai harta, anda boleh datang sendiri ke Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Majlis Perbandaran Kulai untuk mendapatkan bil-bil anda. Jangan lupa bawa bersama maklumat-maklumat seperti berikut:
    -No.Lot/Rumah dan kedudukan harta atau
    -No.Akaun (jika ada) atau
    -Bil lama untuk rujukan

  6. Jika anda hanya seorang penyewa bangunan tersebut, apa harus anda lakukan?
    Anda perlu menyerahkan bil dan notis Borang E kepada pemilik. Jika pemilik tidak menjelaskan tunggakan tersebut, tindakan menahan harta penyewa boleh diambil. Bagaimanapun, Majlis Perbandaran Kulai boleh mengecualikan tindakan tersebut dengan menawarkan kepada penyewa supaya membayar sewa premis terus kepada Majlis Perbandaran Kulai sehingga tunggakan cukai dijelaskan sepenuhnya sebagaimana peruntukan Seksyen 151(5) (6) Akta 171

  7. Bolehkah tunggakan cukai dibayar secara ansuran?
    Tunggakan boleh dibayar secara ansuran sekiranya jumlah tunggakan dalam jumlah yang besar. Borang permohonan boleh diperolehidi jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Majlis Perbandaran Kulai. Majlis akan menetapkan jumlah ansuran bulanan yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.

Akta Cukai Taksiran

Mengikut Seksyen 147(1) Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976, tindakan yang akan dikenakan jika tidak menjelaskan bayaran dalam tempoh tersebut adalah:

  • Notis Borang E

Notis berdenda dalam Borang E akan dikeluarkan supaya anda menjelaskan tunggakan dalam tempoh 15 hari. Denda yang dikenakan adalah sebagaimana berikut:

  • (Waran Tahanan (Borang F), Inventori dan Notis (Borang G) dan Notis (Borang H)

Sekiranya dalam tempoh 15 hari, anda masih gagal menjelaskan tunggakan, waran tahanan dalam (Borang F) beserta dengan bayaran waran tahanan dikeluarkan seperti berikut:

Pengeluaran waran akan membolehkan Majlis Perbandaran Kulai untuk:
Membuat inventori senarai dalam Borang G mengenai segala harta alih yang ditahan dalam harta/premis senilai dengan jumlah tunggakan cukai. Sekiranya dalam tempoh 7 hari tunggakan tidak dijelaskan, harta akan disita dan dijual melalui lelongan awam.
Sekiranya jumlah tunggakan melebihi nilai harta alih, Borang H akan ditampal di suatu tempat yang mudah dilihat pada harta dan tindakan sivil di Mahkamah untuk mendapatkan perintah jualan akan diteruskan.
Tindakan Melalui Peguam
Tindakan Mahkamah untuk melelong harta tak alih berdasarkan peruntukan Seksyen 151 Akta 171 akan dijalankan oleh Peguam Panel majlis. Segala kos guaman dan kos tindakan akan ditanggung sepenuhnya oleh pemilik, dan dituntut sebahagian dari tunggakan (Seksyen 152).