Wednesday 31 October 2018

LAWATAN PENGAUDITAN SISTEM PENARAFAN BINTANG PBT.

Sesi lawatan pengauditan Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Perbandaran Kulai telah diadakan pada hari Selasa, 30 Oktober 2018 bertempat di bilik mesyuarat Majlis Perbandaran Kulai. Tujuan pengauditan adalah untuk menilai semula serta memberi pengiktirafan bintang kepada Pihak Berkuasa Tempatan seluruh Malaysia. Sesi pengauditan ini telah dipengerusikan oleh Encik Norrizam Muhammad, Setiausaha Majlis Perbandaran Kulai. Keputusan penuh audit ini akan diketahui pada Disember ini. Semoga MPKu akan terus sukses dan mengekalkan taraf 5 Bintang Pihak Berkuasa Tempatan.




































Sunday 28 October 2018

UPACARA ANGKAT SUMPAH DAN PENERIMAAN JAWATAN AHLI MAJLIS.

Majlis Upacara Angkat Sumpah dan Penerimaan jawatan Ahli Majlis MPKu telah diadakan pada hari Ahad, 28 Oktober 2018 bertempat di Dewan Persidangan Majlis Perbandaran Kulai. Majlis yang telah dimulakan pada jam 10.00pagi ini telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Johor,Dato’ Haji Osman Bin Sapian.Acara telah dimulakan dengan bacaan doa seterusnya ucapan oleh Tuan yang Dipertua MPKu, Tn Haji Mohammed Shakib Bin Haji Ali. Dalam majlis ini, YAB Menteri Besar Johor merakamkan ucapan tahniah kepada Ahli Majlis yang telah dilantik pada fasa pertama dan kedua hari ini. Beliau juga menegaskan agar semua Ahli Majlis melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kefahaman terhadap fungsi, peranan dan tugas sebagai Ahli Majlis, sentiasa peka terhadap hal ehwal PBT, prihatin dan ambil peduli setiap permasalahan kawasan dan rakyat. Turut hadir pada upacara ini adalah YB, En Jimmy Puah Wee Tse,Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti Negeri Johor. YB Tuan Tan Hong Pin, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Sains dan Teknologi. Tuan Hj Mohd Khir Johari bin Haji Salleh, Pegawai Daerah Kulai. YB, En Tee Boon Tsong, ADUN Senai.
Sejurus selesai Majlis Angkat Sumpah tersebut, kesemua Ahli Majlis meneruskan agenda dengan mengadakan Mesyuarat Penuh Bil.10/ 2018.
Berikut adalah senarai nama Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kulai:
Lantikan Fasa 1:
1.ENCIK HAMRI BIN DAHLAN
2.PUAN MARINA BINTI IBRAHIM
3.ENCIK BAHARAM BIN MAAROF
4.ENCIK MOHAMMAD ADZHAR BIN JOHARI
5.ENCIK TAI LIP KUI
6.ENCIK AZMI BIN SAID
7.ENCIK MOSLIADI BIN JASMANI
8.ENCIK ROBERT A/L THOMAS
9.ENCIK MOHD KHAIRI BIN AWANG
10.ENCIK MOHAMAD HISHAM BIN MOHAMAD ZIN
11.ENCIK WONG BOR YANG
Lantikan Fasa 2:
1.ENCIK ISNIN BIN HASSAN
2.ENCIK JEEVAN A/L SUPRAMANIAM
3.ENCIK CHAI PIN KANG
4.ENCIK MOHD SYAFIQ BIN M HATTA
5.ENCIK CHAI VOOI TECK
6.ENCIK HAMIM BIN MARJUNIT
7.ENCIK YONG CHIN LOONG
8.ENCIK NG KEE CHUNG
9.PUAN CHITRA A/P RAMASAMY
10.PUAN SHARIZA BINTI SAHIL
11.ENCIK HAIROLNIZAM BIN KUSNIN
12.ENCIK ZULKHAIRI BIN HASAN
Selamat menjalankan tugas dan selamat maju jaya kepada semua yang telah dilantik