Monday 10 February 2020

Kaji Selidik Maklumbalas Penyediaan Pelan Pembangunan Mampan Negeri Johor 2030


Orang ramai dipelawa untuk menyalurkan idea, pandangan serta cadangan berkaitan Pelan Pembangunan Mampan Negeri Johor (PPMJ) 2030.

Borang kaji selidik boleh diakses melalui pautan 

http://bit.do/KajiSelidikPPMJ

ATAU 

Imbas QR Code di dalam poster di bawah.

PPMJ 2030 digariskan berpandukan 3 objektif utama, iaitu Mampan Ekonomi, Mampan Fizikal dan Mampan sosial yang disokong dengan 8 teras utama.

Menerusi pelan pembangunan ini, kerajaan negeri yakin Johor mampu dibangunkan sebagai sebuah negeri yang berdaya saing dan membangunkan bangsa Johor ke arah pemikiran kelas pertama secara holistik.

Ayuh! bangsa Johor, bersama kita menentukan hala tuju Johor sebagai Negeri Berprestasi Tinggi, Bangsa Johor Bestari.
Maklum balas serta cadangan dari anda semua amat dihargai.

#pelanpembangunanmampan2030
#PPMJ2030
#johorku
#johorkita
#muafakatituberkat
#makmurbersamajohor

Repost. Like. Share
FB: Darul Ta'zim
IG: darultakzim01
Twitter: @DarulTakzim01


Penangguhan Penganjuran Acara atau Aktiviti Perhimpunan Awam Berskala Besar
 Kerajaan negeri memutuskan untuk menangguhkan penganjuran acara atau aktiviti perhimpunan awam berskala besar sepanjang Februari ini bagi mengelak risiko penularan coronavirus (2019-nCoV).
Antara acara yang ditangguhkan ialah Festival Layang-Layang Antarabangsa (26 Februari - 1 Mac) dan Karnival Semarak Juara Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 pada 15 Februari.
Kerajaan negeri turut menasihatkan program berskala besar dianjurkan pihak lain supaya turut ditangguhkan.
Kerajaan Johor akan meningkatkan keupayaan tindakan pencegahan dan kawalan yang lebih berkesan.
Menteri Besar, Dato' Dr. Sahruddin Jamal.


Novel Coronavirus (2019 -nCoV)


Selamat Tahun Baru 2020



                                                                Selamat Tahun Baru 2020


 Sering dikaitkan dengan azam bila tibanya tahun baru membuatkan teringin untuk berazam.

 Walau perancangan azam telah ditetapkan setiap tahun namun ada beberapa azam boleh   dicadangkan ;

 1. Belajar skil baru :

     a.   Ikuti kursus yang betul-betul diminati ; kursus tidak semestinya berkaitan kerja , boleh juga
           kursus kemahiran atau kursus berniaga atau kursus santai-santai je...masak ke..tanam pokok
           ke..pertukangan ke...pelancongan ke...penulisan ke..

     b.   Sertai program yang dianjurkan oleh pihak lain, sempena Tahun Melawat Malaysia 2020,
           banyak program yang memerlukan penglibatan orang awam disediakan...program percuma
           pun banyak..boleh juga beriadah beramai-ramai...

2.   Bersedia menghadapi halangan :

      a.   Kejayaan bukan diperolehi sekelip mata. Dengan keazaman dan semangat yang tinggi serta
            halangan ditangani tidak mustahil akan berjaya juga.

      b.   Ambil langkah secara teratur dan bersistem  supaya setiap perancangan berjalan lancar dan
            sediakan beberapa pelan , jika pelan A tidak berjaya cubalah pelan B.

3.   Bertanggungjawab dalam setiap yang dilakukan :
   
      a.   Berhenti menyalahkan orang lain jika kegagalan yang ditemui, ambil tanggungjawab
            terhadap   apa yang dilakukan.

      b.   Orang lain mungkin boleh memberi pandangan tetapi pilihan tetap pada diri kita.