Tuesday 12 September 2017

KMJ 2017 AKAN MENUTUP TIRAINYA DI KULAI

Pengembaraan rombongan DiRaja Johor iaitu Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2017 yang menjadi nadi keakraban institusi DiRaja dan rakyat telah bermula tiga hari yang lalu iaitu pada 9 September di Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru. KMJ 2017 yang berlangsung selama empat hari merentasi kesemua 10 daerah  sejauh 808 kilometer akan menutup tirainya pada hariini (12 September 2017) di daerah Kulai bertempat di Hutan Bandar, Bandar Putra Kulai.