Thursday, 15 March 2018

LAWATAN YB DATO AZMI BIN ROHANI , SUK JOHOR KE MPKu 15 MAC

Lawatan YB Dato Azmi bin Rihani,Setiausaha Kerajaan Negeri Johor ke Pejabat Pengurusan Majlis Perbandaran Kulai.

Seramai 16 Ketua Jabatan dan 220 kakitangan pejabat MPKu teruja menerima lawatan singkat Yb Dato Setiausaha Kerajaan Negeri Johor ini, selepas majlis pecah tanah pusat pentadbiran baru Kulai ke jabatan jabatan ini.

Di dalam lawatan singkat yang penuh sokongan dan nasihat dalam menambahbaik mutu kerja kakitangan MPKu ini, warga kerja merasa nasihat dan motivasi serta pandangan yang dikongsi beliau amat berguna bagi membawa nama jabatan ke tahap yang lebih tinggi.

Dato SUK Johor sempat meluangkan masa kira kira sejam diiringi Yang DiPertua MPKu, Tn Hj Farizal Ismail dan Setiausaha MPKu, En Norrizam Muhamad melawat 15 jabatan dalaman dan berkongsi pelbagai idea dan pengalaman beliau untuk kakitangan meneruskan penambahbaikkan proses kerja.

Pihak jabatan dan warga kerja MPKu merakamkan terima kasih dan salam hormat diatas lawatan dan kunjungan ini yang pastinya memberi impak dalam perkhidmatan harian jabatan kepada masyarakat.
#DekadBaruJohor
#TeamJohor.



















Saturday, 10 March 2018

PERTANDINGAN PENCAHAYAAN BANGUNAN MENGIKUT KATEGORI YANG DINYATAKAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE 61 PERINGKAT DAERAH KULAI 

KATEGORI:
1. BANGUNAN KERAJAAN
2. BANGUNAN SWASTA / PERNIAGAAN
3. BANGUNAN SEKOLAH RENDAH
4. BANGUNAN SEKOLAH MENENGAH
5. KATEGORI PERUMAHAN 

PERTANDINGAN BERMULA :
13 HINGGA 27 OGOS 2018

HADIAH SETIAP KATEGORI :

JOHAN : 
WANG TUNAI RM1000
SIJIL , PLAQ &
POKOK TANAMAN HIASAN X20

NAIB JOHAN :
WANG TUNAI RM700
SIJIL & PLAQ &
POKOK TANAMAN HIASAN X15

KETIGA :
TUNAI 500
PLAQ & ANAK
POKOK TANAMAN HIASAN X10

Wednesday, 7 March 2018

Gerak Kerja Pasukan Aduan Jabatan Landskap ke kawasan Pulai Mesra dan Bandar Baru Kangkar Pulai. 7 MAC

Gerak Kerja Pasukan Aduan Jabatan Landskap ke kawasan Pulai Mesra dan Bandar Baru Kangkar Pulai.

Aduan diterima dari Zon 1 Ahli Majlis MPKu berkenaan pokok tumbang semasa ribut hujan semalam. Operasi susulan akan dipantau jabatan dari masa ke semasa.