Tuesday 19 April 2022

PERHIMPUNAN PAGI BULAN APRIL 2022, MAJLIS PERBANDARAN KULAI

 Perhimpunan pertama jabatan tahun 2022 ini sempena pembukaan fasa endemik seluruh negara, telah dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku dan lagu rasmi Majlis Perbandaran Kulai.

Intipati amanat Yang Dipertua bagi perhimpunan pagi ini menyentuh perancangan kerja perlu dilakukan secara kolektif melibatkan semua lapisan pekerja. Setelah negara melalui tempoh PKP yang panjang selama sekitar 2 tahun, fasa pelaksanaan kerja perlu di tingkatkan di setiap jabatan. Khasnya, mempertingkatkan produktiviti dan perkhidmatan dengan membuat perubahan atau peningkatan kerja masing-masing. Menukilkan ungkapan "masa yang berlalu tidak akan kembali" "dunia untuk diuruskan", pegawai dan kakitangan MPKu diminta segera membuat anjakan prestasi kerja sejajar misi pihak pengurusan mencapai taraf bandaraya menjelang tahun 2025.
Diakhir ucapan Yang Dipertua, beliau memohon seluruh warga perhimpunan pagi bulan April 2022 untuk bersama-sama berdoa bagi diteguhkan keimanan, kekuatan dan semangat untuk bekerja dan dijauhi sikap bertangguh dalam menjalankan amanah dan tugas harian.