Monday 15 November 2021

Sesi Libat Urus YAB Menteri Besar Johor Bersama Kepimpinan Daerah Kulai Sempena Belanjawan 2022

Pusat Pentadbiran Baharu Daerah Kulai di Bandar Indahpura, Kulai
Kepimpinan Daerah Kulai

Majlis Penyampaian Hakmilik Tapak Rumah (Tapak Ganti) Generasi ke2 Felda Inas

Sesi libat urus dan pembentangan berkenaan potensi Daerah Kulai

Sekolah Agama (SA) Bandar Kulai

 

Thursday 28 October 2021

PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) SUNGAI SKUDAI


Orang ramai dijemput untuk pemeriksaan Laporan Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Sungai Skudai serta memberi sebarang maklum balas, cadangan dan bantahan bermula pada 14 Oktober 2021 hingga 14 November 2021.

 

Pemeriksaan Draf RKK Sungai Skudai boleh dilakukan dengan mengunjungi Pejabat Majlis Perbandaran Kulai, Pejabat Daerah Kulai dan Pejabat PLANMalaysia@Johor.

 

Sila imbas kod QR di bawah bagi mendapatkan Laporan Draf dan Borang Bantahan.

  

LAPORAN DRAF RKK SG SKUDAI

                                                                  BORANG BANTAHAN


Sebarang info lanjut sila hubungi :-

 

07-6609461 / 07-661 3000

Bahagian Perancangan Bandar,

Majlis Perbandaran Kulai

Monday 18 October 2021

PEMBERITAHUAN : PEMBUKAAN HUTAN BANDAR MPKu UNTUK KEGUNAAN AWAM BERMULA 17 OKTOBER 2021, 7PAGI-7MLM

 



Pengunjung awam yang ingin melakukan aktiviti riadah di Hutan Bandar MPKu perlu lengkap 2 dos vaksinasi dan perlu membuat imbasan kod QR Mysejahtera sebelum memasuki Hutan Bandar.
Walaubagaimana pun ia perlulah mengikut Tatacara dan Garis Panduan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak MKN dan perlu sentiasa dipatuhi bagi mencegah penularan wabak COVID-19. Pengunjung awam juga perlu mematuhi segala peraturan dan perlu mengikut laluan yang ditetapkan oleh Pihak MPKu.
Pengunjung hanya boleh melalui Pintu Masuk B sahaja (sebagai mana lampiran) dan dilarang sama sekali untuk berada di kawasan Zone A .
Pengunjung hanya dibenarkan meletakkan kenderaan di kawasan letak kenderan Laman PBT,Hutan Bandar MPKu. Untuk aktiviti riadah seperti berjogging dan berbasikal perlu mematuhi laluan yang ditetapkan sebagaimana lampiran.
Aktiviti perniagaan seperti gerai adalah dilarang sama sekali.
Selamat Beriadah dan Jangan lupa patuh SOP.







Wednesday 9 June 2021

Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0 pada 10 Jun 2021 jam 10.00 pagi

 

 Pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0 di 

  FB Page Hasni Mohamed     https://www.facebook.com/DatukHasniMohammad

  dan Makmur Johor   https://facebook.com/MakmurJohor01/

  https://www.facebook.com/100050452151434/posts/331672038524532/?d=n


  



Wednesday 21 April 2021

TEKS HEBAHAN AWAM CEGAH COVID-19 DI BAZAR RAMADAN

 

TEKS HEBAHAN AWAM CEGAH COVID-19 DI BAZAR RAMADAN

 

1.    Assalamualaikum dan salam sejahtera, perhatian kepada semua pengunjung. 

 

2.    Tuan-tuan dan puan-puan, di dalam kesibukan membeli juadah berbuka puasa jangan lupa hindari diri daripada risiko jangkitan COVID-19.

 

3.    Pastikan anda mematuhi SOP Bazar Ramadan yang diterbitkan oleh Majlis Keselamatan Negara;

      Anda diingatkan bahawa hanya 2 wakil bagi setiap ahli keluarga dibenarkan berkunjung ke Bazar Ramadan. 

      Pastikan pengunjung membeli dalam tempoh 30 minit sahaja.

      Warga tua dan golongan berisiko tidak perlu datang.

      Dilarang membawa kanak-kanak berumur bawah 12 tahun.

 

4.    Sentiasa mengamalkan norma-norma baharu seperti;

      Masuk dan keluar Bazar Ramadan mengikut laluan yang ditetapkan.

      Mengimbas Kod QR MySejahtera.

      Mengimbas suhu.

      Memakai pelitup muka. Pelitup muka di dagu akan dikompaun!

      Sentiasa menjaga jarak fizikal.

      Menjaga kebersihan diri. 

      Mematuhi arahan Penguatkuasa atau Petugas di Bazar Ramadan.

 

5.    Kepatuhan terhadap SOP ini akan mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19. 

 

6.    Adalah diingatkan sekiranya tidak patuh kepada SOP yang telah ditetapkan boleh dikenakan tindakan kompaun dan penutupan Bazar Ramadan.

 

“Bersama Hentikan Wabak COVID-19”

“Lindung Diri, Lindung Semua”

 

Sekian Terima Kasih.

  

DISEDIAKAN OLEH: JABATAN KESIHATAN NEGERI JOHOR