TEKS
HEBAHAN AWAM CEGAH COVID-19 DI BAZAR RAMADAN
1.
Assalamualaikum dan salam sejahtera, perhatian kepada
semua pengunjung.
2. Tuan-tuan
dan puan-puan, di dalam kesibukan membeli juadah berbuka puasa jangan lupa
hindari diri daripada risiko jangkitan COVID-19.
3. Pastikan
anda mematuhi SOP Bazar Ramadan yang diterbitkan oleh Majlis Keselamatan
Negara;
• Anda
diingatkan bahawa hanya 2 wakil bagi setiap ahli keluarga dibenarkan berkunjung
ke Bazar Ramadan.
• Pastikan
pengunjung membeli dalam tempoh 30 minit sahaja.
• Warga
tua dan golongan berisiko tidak perlu datang.
• Dilarang
membawa kanak-kanak berumur bawah 12 tahun.
4.
Sentiasa mengamalkan norma-norma baharu seperti;
• Masuk
dan keluar Bazar Ramadan mengikut laluan yang ditetapkan.
• Mengimbas
Kod QR MySejahtera.
• Mengimbas
suhu.
• Memakai
pelitup muka. Pelitup muka di dagu akan dikompaun!
• Sentiasa
menjaga jarak fizikal.
• Menjaga
kebersihan diri.
• Mematuhi
arahan Penguatkuasa atau Petugas di Bazar Ramadan.
5. Kepatuhan
terhadap SOP ini akan mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19.
6. Adalah
diingatkan sekiranya tidak patuh kepada SOP yang telah ditetapkan boleh dikenakan
tindakan kompaun dan penutupan Bazar Ramadan.
“Bersama Hentikan Wabak COVID-19”
“Lindung Diri, Lindung Semua”
Sekian Terima Kasih.
DISEDIAKAN OLEH: JABATAN KESIHATAN NEGERI JOHOR
No comments:
Post a Comment