Thursday 28 October 2021

PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) SUNGAI SKUDAI


Orang ramai dijemput untuk pemeriksaan Laporan Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Sungai Skudai serta memberi sebarang maklum balas, cadangan dan bantahan bermula pada 14 Oktober 2021 hingga 14 November 2021.

 

Pemeriksaan Draf RKK Sungai Skudai boleh dilakukan dengan mengunjungi Pejabat Majlis Perbandaran Kulai, Pejabat Daerah Kulai dan Pejabat PLANMalaysia@Johor.

 

Sila imbas kod QR di bawah bagi mendapatkan Laporan Draf dan Borang Bantahan.

  

LAPORAN DRAF RKK SG SKUDAI

                                                                  BORANG BANTAHAN


Sebarang info lanjut sila hubungi :-

 

07-6609461 / 07-661 3000

Bahagian Perancangan Bandar,

Majlis Perbandaran Kulai

Monday 18 October 2021

PEMBERITAHUAN : PEMBUKAAN HUTAN BANDAR MPKu UNTUK KEGUNAAN AWAM BERMULA 17 OKTOBER 2021, 7PAGI-7MLM

 



Pengunjung awam yang ingin melakukan aktiviti riadah di Hutan Bandar MPKu perlu lengkap 2 dos vaksinasi dan perlu membuat imbasan kod QR Mysejahtera sebelum memasuki Hutan Bandar.
Walaubagaimana pun ia perlulah mengikut Tatacara dan Garis Panduan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak MKN dan perlu sentiasa dipatuhi bagi mencegah penularan wabak COVID-19. Pengunjung awam juga perlu mematuhi segala peraturan dan perlu mengikut laluan yang ditetapkan oleh Pihak MPKu.
Pengunjung hanya boleh melalui Pintu Masuk B sahaja (sebagai mana lampiran) dan dilarang sama sekali untuk berada di kawasan Zone A .
Pengunjung hanya dibenarkan meletakkan kenderaan di kawasan letak kenderan Laman PBT,Hutan Bandar MPKu. Untuk aktiviti riadah seperti berjogging dan berbasikal perlu mematuhi laluan yang ditetapkan sebagaimana lampiran.
Aktiviti perniagaan seperti gerai adalah dilarang sama sekali.
Selamat Beriadah dan Jangan lupa patuh SOP.