Thursday, 2 June 2022

Bayaran Cukai Harta Setengah Tahun Pertama/ Kedua 2022


  

TARIKH BAYARAN CUKAI HARTA (SETAHUN 2 KALI BAYARAN)

𝗣𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗟 𝟭 : 𝟭 𝗝𝗔𝗡𝗨𝗔𝗥𝗜 𝗛𝗜𝗡𝗚𝗚𝗔 𝟮𝟴 𝗙𝗘𝗕𝗥𝗨𝗔𝗥𝗜
𝗣𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗟 𝟮 : 𝟭 𝗝𝗨𝗟𝗔𝗜 𝗛𝗜𝗡𝗚𝗚𝗔 𝟯𝟭 𝗢𝗚𝗢𝗦
*𝗻𝗼𝘁𝗶𝘀 𝗱𝗲𝗻𝗱𝗮 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗸𝗲𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝘁𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝘆𝗮𝗿𝗮𝗻
WAKTU KAUNTER BAYARAN MAJLIS PERBANDARAN KULAI DI BUKA :
𝗔𝗛𝗔𝗗 𝗛𝗜𝗡𝗚𝗚𝗔 𝗥𝗔𝗕𝗨 : 𝟴.𝟬𝟬 𝗣𝗔𝗚𝗜 – 𝟱.𝟬𝟬 𝗣𝗘𝗧𝗔𝗡𝗚
𝗞𝗛𝗔𝗠𝗜𝗦 : 𝟴.𝟬𝟬 𝗣𝗔𝗚𝗜 – 𝟯.𝟯𝟬 𝗣𝗘𝗧𝗔𝗡𝗚
PEMBAYARAN CUKAI HARTA ATAS TALIAN :
𝗠𝗔𝗬𝗕𝗔𝗡𝗞
𝗔𝗠𝗕𝗔𝗡𝗞
𝗘-𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧
PEMBAYARAN CUKAI HARTA MELALUI JOMPAY
𝗕𝗜𝗟𝗟𝗘𝗥 𝗖𝗢𝗗𝗘 : 𝟮𝟵𝟱𝟲
𝗥𝗘𝗙-𝟭 : 𝗡𝗢. 𝗔𝗞𝗔𝗨𝗡 𝗖𝗨𝗞𝗔𝗜
𝗥𝗘𝗙-𝟮 : 𝗡𝗢. 𝗧𝗘𝗟𝗘𝗙𝗢𝗡 / 𝗡𝗢. 𝗧𝗘𝗟𝗘𝗙𝗢𝗡 𝗕𝗜𝗠𝗕𝗜𝗧
PEMBAYARAN CUKAI HARTA BOLEH DIBUAT MELALUI KAUNTER AGENSI LAIN :
𝗕𝗦𝗡
𝗣𝗢𝗦 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔
BIL CUKAI HARTA BOLEH DIPEROLEHI MELALUI EMEL :
𝒋𝒑𝒑𝒉.𝒎𝒑𝒌𝒖@𝒈𝒎𝒂𝒊𝒍.𝒄𝒐m

Tuesday, 19 April 2022

PERHIMPUNAN PAGI BULAN APRIL 2022, MAJLIS PERBANDARAN KULAI

 Perhimpunan pertama jabatan tahun 2022 ini sempena pembukaan fasa endemik seluruh negara, telah dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku dan lagu rasmi Majlis Perbandaran Kulai.

Intipati amanat Yang Dipertua bagi perhimpunan pagi ini menyentuh perancangan kerja perlu dilakukan secara kolektif melibatkan semua lapisan pekerja. Setelah negara melalui tempoh PKP yang panjang selama sekitar 2 tahun, fasa pelaksanaan kerja perlu di tingkatkan di setiap jabatan. Khasnya, mempertingkatkan produktiviti dan perkhidmatan dengan membuat perubahan atau peningkatan kerja masing-masing. Menukilkan ungkapan "masa yang berlalu tidak akan kembali" "dunia untuk diuruskan", pegawai dan kakitangan MPKu diminta segera membuat anjakan prestasi kerja sejajar misi pihak pengurusan mencapai taraf bandaraya menjelang tahun 2025.
Diakhir ucapan Yang Dipertua, beliau memohon seluruh warga perhimpunan pagi bulan April 2022 untuk bersama-sama berdoa bagi diteguhkan keimanan, kekuatan dan semangat untuk bekerja dan dijauhi sikap bertangguh dalam menjalankan amanah dan tugas harian.