Thursday 8 September 2022

LAWATAN YAB DATUK ONN HAFIZ BIN GHAZI, MENTERI BESAR JOHOR KE PARLIMEN KULAI

•6 SEPTEMBER 2022 • SELASA

Lawatan YAB Datuk Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor Ke Parlimen Kulai, hari ini, bagi melihat sendiri isu-isu setempat selain beramah mesra dengan penduduk daerah Kulai.
Antara lokasi yang dilawati ialah :
1. Kedai Kopi Yong Juan Hin, Jalan Ismail, Taman Kulai - Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat Tionghua dan penyerahan replika cek kepada Ketua Masyarakat Cina Daerah Kulai
2. Warung Pak Abu, Kampung Jaya Sepakat - YAB Datuk Menteri Besar Johor sempat mendengar taklimat berkenaan isu banjir kilat di Kampung Jaya Sepakat dan Taman Aman yang disampaikan oleh ketua-ketua jabatan daerah Kulai dan bersarapan pagi.
3. Perasmian Dataran Cahaya Bukit Liki Kulai yang telah mengalami perubahan setelah ditutup untuk kerja-kerja tambah baik. Dataran ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tempat permainan kanak-kanak, tandas awam, tempat riadah bagi orang awam.
4. Rumah Bandar Cendana, Bandar Putra - YAB Datuk Menteri Besar Johor sempat mendengar dan melihat status Rumah Mampu Biaya Johor.
5. Dewan Raya Putra, Bandar Putra - YAB Datuk Menteri Johor sempat meluangkan masa bersama penduduk daerah Kulai, penyampaian sumbangan dan menikmati jamuan makan tengahari bersama rakyat.
Turut hadir ialah Timbalan Speaker Dewan Negeri Johor, YB Datuk Haji Samsolbari Jamali; Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, YB Datuk Mohd Jafni Bin Mohd Shukor; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan & Perpaduan, YB Tuan King Tian Soon; Pengerusi Jawatankuasa Perlancongan, Alam Sekitar, Warisan & Budaya, YB Tuan Raven Kumar Krishnasamy; Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan & Komunikasi, YB Cik Norliza Noh; Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi & Sumber Manusia, YB Tuan Hairi Md Shah; Pegawai Daerah Kulai, Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Adani; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulai, Tuan Haji Natazha Bin Hariss; Puan Nurul Ashikin Binti A Jabbar, Pentadbir Tanah Daerah Kulai; wakil Ketua Polis Daerah Kulai, ketua-ketua jabatan Daerah Kulai, Penghulu-Penghulu Mukim dan ketua-ketua kampung Daerah Kulai.


Kedai Kopi Yong Juan Hin, Jalan Ismail, Taman Kulai

Warung Pak Abu, Kampung Jaya Sepakat

Perasmian Dataran Cahaya Bukit Liki Kulai

Rumah Bandar Cendana, Bandar Putra

Dewan Raya Putra, Bandar Putra


No comments:

Post a Comment