Wednesday, 21 April 2021

TEKS HEBAHAN AWAM CEGAH COVID-19 DI BAZAR RAMADAN

 

TEKS HEBAHAN AWAM CEGAH COVID-19 DI BAZAR RAMADAN

 

1.    Assalamualaikum dan salam sejahtera, perhatian kepada semua pengunjung. 

 

2.    Tuan-tuan dan puan-puan, di dalam kesibukan membeli juadah berbuka puasa jangan lupa hindari diri daripada risiko jangkitan COVID-19.

 

3.    Pastikan anda mematuhi SOP Bazar Ramadan yang diterbitkan oleh Majlis Keselamatan Negara;

•      Anda diingatkan bahawa hanya 2 wakil bagi setiap ahli keluarga dibenarkan berkunjung ke Bazar Ramadan. 

•      Pastikan pengunjung membeli dalam tempoh 30 minit sahaja.

•      Warga tua dan golongan berisiko tidak perlu datang.

•      Dilarang membawa kanak-kanak berumur bawah 12 tahun.

 

4.    Sentiasa mengamalkan norma-norma baharu seperti;

•      Masuk dan keluar Bazar Ramadan mengikut laluan yang ditetapkan.

•      Mengimbas Kod QR MySejahtera.

•      Mengimbas suhu.

•      Memakai pelitup muka. Pelitup muka di dagu akan dikompaun!

•      Sentiasa menjaga jarak fizikal.

•      Menjaga kebersihan diri. 

•      Mematuhi arahan Penguatkuasa atau Petugas di Bazar Ramadan.

 

5.    Kepatuhan terhadap SOP ini akan mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19. 

 

6.    Adalah diingatkan sekiranya tidak patuh kepada SOP yang telah ditetapkan boleh dikenakan tindakan kompaun dan penutupan Bazar Ramadan.

 

“Bersama Hentikan Wabak COVID-19”

“Lindung Diri, Lindung Semua”

 

Sekian Terima Kasih.

  

DISEDIAKAN OLEH: JABATAN KESIHATAN NEGERI JOHOR