Pengembaraan rombongan DiRaja Johor iaitu Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2017 yang menjadi nadi keakraban institusi DiRaja dan rakyat telah bermula tiga hari yang lalu iaitu pada 9 September di Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru. KMJ 2017 yang berlangsung selama empat hari merentasi kesemua 10 daerah sejauh 808 kilometer akan menutup tirainya pada hariini (12 September 2017) di daerah Kulai bertempat di Hutan Bandar, Bandar Putra Kulai.
Membangunkan Majlis Perbandaran Kulai sebagai pusat kegiatan ekonomi, sosial dan pusat penempatan
Tuesday, 12 September 2017
Monday, 28 August 2017
CUKAI HARTA
Apakah itu Cukai Harta?
Cukai Harta atau Taksiran adalah cukai yang dikenakan ke atas setiap pegangan berkadar dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Perbandaran Kulai seperti:
- Rumah Kediaman
- Harta Perusahaan dan Perdagangan (Kedai, Kilang, Hotel dan Sebagainya) - Tanah Kosong
- Tanah Pertanian Unit-Unit dalam rumah pangsa, kondominium, bangunan pejabat dan lain-lain bangunan bertingkat juga merupakan pegangan berkadar yang dikenakan cukai harta.
Bagaimana Ianya Dikira?
Cukai harta dikira berdasarkan kepada Nilai Tambah dan Kadar. Nilai tambah berasaskan kepada Harga Pasaran Harta pada satu aras nilai tertentu. Kadar pula adalah peratus yang dikenakan ke atas nilai harta tersebut sebagai cukai harta yang perlu dibayar. Nilai Tambah Harta boleh dipinda sekiranya terdapat perubahan pada harta atau berlaku kesilapan atau ketidakseragaman mengikut Seksyen 144(1) Akta Kerajaan Tempatan 1976. Pemilik harta boleh membuat bantahan sekiranya tidak berpuas hati dengan pindaan tersebut. Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis sebelum tamat tempoh yang diberikan.
Bila Ia Perlu Dibayar?
Cukai harta perlu dibayar 2 kali setahun iaitu:
- Tahun Pertama - 1 Januari Hingga 28 Februari bagi tiap-tiap tahun.
- Tahun Kedua - 1 Julai Hingga 31 Ogos bagi tiap-tiap tahun
Apa Perlu Dibuat Jika Bil Cukai Harta Tidak Diterima?
Sekiranya anda tidak menerima bil cukai harta, anda boleh datang sendiri ke Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Majlis Perbandaran Kulai untuk mendapatkan bil-bil anda. Jangan lupa bawa bersama maklumat-maklumat seperti berikut:
- No Lot/Rumah dan Kedudukan Harta atau
- No Akaun (Jika Ada) atau
- Bil Lama Untuk Rujukan
Jika anda hanya seorang penyewa bangunan tersebut, apa harus anda lakukan?
Anda perlu menyerahkan bil dan notis Borang E kepada pemilik. Jika pemilik tidak menjelaskan tunggakan tersebut, tindakan menahan harta penyewa boleh diambil. Bagaimanapun, Majlis Perbandaran Kulai boleh mengecualikan tindakan tersebut dengan menawarkan kepada penyewa supaya membayar sewa premis terus kepada Majlis Perbandaran Kulai sehingga tunggakan cukai dijelaskan sepenuhnya sebagaimana peruntukan Seksyen 151(5)(6) Akta 171.
Bolehkah tunggakan cukai dibayar secara ansuran?
Tungakan boleh dibayar secara ansuran sekiranya jumlah tunggakan dalam jumlah yang besar. Borang permohonan boleh diperolehi di Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Majlis Perbandaran Kulai. Majlis akan menetapkan jumlah ansuran bulanan yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.
Sunday, 27 August 2017
TIPS 3R : KEARAH PERSEKITARAN YANG BERSIH DAN LESTARI
Tahukah anda bahawa dalam setahun, setiap isi rumah menghasilkan lebih 1 tan sisa pepejal?
" Sisa Pepejal merupakan apa-apa bahan sekerap atau benda lebihan lain yang tidak dikehendaki atau keluaran yang ditolak yang timbul daripada penggunaan apa-apa proses"
Tahukah anda mengenai tips 3R?
"3R adalah merujuk pada Reduce, Reuse dan Recycle"
| Sumber: Berita Harian, 29 Mac 2017 |
Tahukah anda mengenai tips 3R?
"3R adalah merujuk pada Reduce, Reuse dan Recycle"
REDUCE : Mengurangkan Penggunaan Pepejal
Pengurangan penghasilan sampah boleh dilakukan dengan:
Pengurangan penghasilan sampah boleh dilakukan dengan:
- Hanya membeli barang yang diperlukan
- Membeli produk yang boleh digunakan semula
- Membeli produk yang menggunakan pembungkus kecil
- Jual semula atau beri kepada orang lain barangan yang tidak digunakan.
REUSE: Guna semula bahan-bahan terpakai
Terdapat banyak item yang anda fikirkan ia adalah sampah tetapi sebenarnya boleh digunakan untuk tujuan lain antaranya:
- Kertas dan surat: boleh digunakan sebagai kertas sekerap dalam membuat nota.
- Kadbod, Suratkhabar dan Pembalut Gelembung: boleh digunakan sebagai bahan pembungkus.
- Balang dan Periuk: boleh digunakan sebagai bekas hiasan seperti pasu bunga
RECYCLE: Kitar Semula
Kitar Semula merujuk kepada meletakkan sesuatu dalam kitaran. Kita mengitar semula dengan mengasingkan sisa dan kemudian menyalurkannya kepada organisasi atau kilang-kilang yang memprosesnya semula supaya menjadi produk baru untuk kegunaan kita.
Apakah Bahan yang boleh dikitar semula?
- Kertas: Majalah, Surat Khabar, Buku, Kotak Kadbod
- Plastik: Botol Plastik Lutsinar / Berwarna
- Aluminium: Tin Minuman / Makanan
- Kaca: Kaca Lutsinar / Berwarna, Botol Minuman, Botol Vitamin, Bekas Kosmetik
Fakta Kitar Semula
Fakta 1 : Dengan mengitar semula 1 tin aluminium anda seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik 3 jam televisyen.
Fakta 2 : Jika kertas dapat dikitar semula secara maksimum anda dapat mengurangkan 4,360 tan sampah sehari yang bersamaan 78,000 batang pokok.
Fakta 3 : 18,000 tan sampah dihasilkan sehari mampu memenuhi KLCC dalam tempoh 8 hari sahaja (data tahun 2005)
Fakta 4 : Dengan mengitar semula 1 botol kaca anda seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik mentol lampu 100 watt selama 4 jam.
Sumber : Jabatan Penerangan Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)



