Membangunkan Majlis Perbandaran Kulai sebagai pusat kegiatan ekonomi, sosial dan pusat penempatan
Monday, 10 February 2020
Selamat Tahun Baru 2020
Selamat Tahun Baru 2020
Sering dikaitkan dengan azam bila tibanya tahun baru membuatkan teringin untuk berazam.
Walau perancangan azam telah ditetapkan setiap tahun namun ada beberapa azam boleh dicadangkan ;
1. Belajar skil baru :
a. Ikuti kursus yang betul-betul diminati ; kursus tidak semestinya berkaitan kerja , boleh juga
kursus kemahiran atau kursus berniaga atau kursus santai-santai je...masak ke..tanam pokok
ke..pertukangan ke...pelancongan ke...penulisan ke..
b. Sertai program yang dianjurkan oleh pihak lain, sempena Tahun Melawat Malaysia 2020,
banyak program yang memerlukan penglibatan orang awam disediakan...program percuma
pun banyak..boleh juga beriadah beramai-ramai...
2. Bersedia menghadapi halangan :
a. Kejayaan bukan diperolehi sekelip mata. Dengan keazaman dan semangat yang tinggi serta
halangan ditangani tidak mustahil akan berjaya juga.
b. Ambil langkah secara teratur dan bersistem supaya setiap perancangan berjalan lancar dan
sediakan beberapa pelan , jika pelan A tidak berjaya cubalah pelan B.
3. Bertanggungjawab dalam setiap yang dilakukan :
a. Berhenti menyalahkan orang lain jika kegagalan yang ditemui, ambil tanggungjawab
terhadap apa yang dilakukan.
b. Orang lain mungkin boleh memberi pandangan tetapi pilihan tetap pada diri kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment