Wednesday 17 October 2018

LAWATAN TEKNIKAL INVEST SELANGOR & MAJLIS DAERAH HULU LANGAT.

Satu lawatan teknikal ke MPKu oleh pihak Invest SELANGOR dan Majlis Daerah Hulu Langat telah diadakan pada hari Rabu, 17 Oktober 2018. Lawatan ini bertujuan perkongsian maklumat teknikal dan tadbir urus PBT ke arah yang lebih baik. Majlis telah dimulakan dengan pengenalan tentang perbandaran Kulai oleh urusetia seterusnya lawatan ke tapak industri i-Park indahpura sebagai melengkapi tujuan lawatan. Program telah dipengerusikan oleh Yang Dipertua MPKu, Tn.Hj.Mohammed Shakib Bin Hj.Ali. Turut membantu adalah ketua-ketua jabatan Majlis Perbandaran Kulai. MPKu juga turut mengalu-alukan kedatangan Tn.Mohamaed Zain Bin A.Hamid, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat dan Tn.Shahrul Azamin Bin Abdullah, Pengarah Bahagian Khidmat industri Invest Selangor Berhad yang turut serta dalam rombongan lawatan ini.

No comments:

Post a Comment