Persediaan Sebelum Banjir
- Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.
- Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio, televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik-Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.
- Periksa lubang air seperti longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya.
- Pastikan di mana Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.
- Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya.
- Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.
Sebelum Banjir - Semasa Tanda-Tanda Dikesan
- Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.
- Pindahkan perabot atau peralatan-peralatan lain ke tempat yang selamat.
- Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama anda dalam bekas kalis air.
- Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
- Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.
Semasa Banjir - Semasa Pemindahan
- Apabila menerima arahan, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan.
- Berpindah awal sebelum banjir meningkat tau pada waktu siang kerana ianya lebih mudah dan selamat.
- Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang.
Semasa Banjir - Di Dalam Kenderaan
- Jangan terus mengharungi kawasan banjir, hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat.
- Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah ke tempat yang selamat.
Semasa Banjir - Di Dalam Rumah
- Dengar pengumuman melalui radio, televisyen atau pihak tertentu.
- Bersedia dengan peralatan kecemasan.
- Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.
Semasa Banjir - Di Luar Rumah
- Pergi ke tempat tiggi dan selamat.
- Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus deras yang boleh meghanyutkan anda.
- Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki.
- Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
- Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.
- Jangan minum air banjir.
Selepas Banjir
- Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak yang berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.
- Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (orang tua, kanak-kanak atau golongan istimewa).
- Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mungkin tidak selamat.
- Jangan terus memasuki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya yang tersembunyi.
- Pakai kasut.
- Periksa kerosakkan dinding, lantai, pintu dan tingkap.
- Periksa sebarang kehadiran binatang atau serangga berbisa yang merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bertaburan di lantai rumah anda.
- Perhatikan siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.
Selepas Banjir - Periksa Ancaman Bahaya
- Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.
- Periksa wayar elektrik yag terendam di dalam air.
- Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.
- Periksa bahan-bahan yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, diesel dan sebagainya).
- Buang bahan-bahan makanan yang terendam yang terkena banjir termasuklah makanan dalam tin.
- Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi.
- Laporkan sebarang kerosakan kemudaha-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa
Sumber Maklumat: Jabatan Penerangan Malaysia
No comments:
Post a Comment