Sunday, 11 February 2018

5 Cara Paling Berkesan Menabung Wang Secara Konsisten Setiap Bulan

intrend menabung

1. Menabung dengan konsisten 
Pastikan kamu menabung setiap bulan iaitu sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah pendapatan. Setelah menetapkan jumlah tabungan setiap bulan, pastikan jumlah itu disimpan dahulu sebelum mula membuat pembayaran bil dan pelbagai pinjaman yang ada. 
Lebih baik sekiranya boleh diatur untuk membuat potongan gaji dimasukkan terus ke dalam simpanan. Ada banyak institusi kewangan yang menawarkan khidmat ini, misalnya Tabung Haji dan ASB. Anda boleh memohon kepada majikan untuk membuat potongan ini. 
2. Pantau pengeluaran ATM 
Sentiasa awasi pengeluran wang melalui ATM. Bukan sekadar mengelak supaya ada orang menipu dan mengguna kad kamu, tetapi juga perlu kawal diri kamu sendiri beberapa kali dan berapa jumlah yang boleh dikeluarkan. 
Sebaik-baiknya tetapkan dalam satu minggu hanya satu pengeluaran. Pastikan anda tahu jumlah yang diperlukan. Jangan terlalu banyak dan terlalu sedikit. Cukup untuk sekadar guna. Jika ada lebihan daripada wang itu, terus depositkan dalam akaun simpanan. 

3. Buat belanjawan atau bajet keluarga 
Dengan bajet kewangan keluarga kamu dapat pastikan bagaimana wang kamu digunakan sebaiknya untuk keluarga. Kamu dapat lihat corak bagaimana kamu berbelanja. Dari sini lebih mudah kamu lihat apakah perbelanjaan itu satu keperluan atau keinginan. Daripada analisis arah aliran itu kamu boleh cuba kurangkan atau hapuskan perbelanjaan yang hanya satu keinginan.
4. Sediakan senarai membeli-belah 
Apabila keluar membeli barangan keperluan rumah, pastikan kamu sudah ada senarai barang yang hendak dibeli. Hanya beli barang yang ada dalam senarai! Jangan mudah tergoda dengan jualan murah sehingga kamu membeli barang yang bukan keperluan. Ingat, berbelanja barang keperluan bukan barang keinginan.
5. Kurangkan penggunaan kad kredit 
Kad kredit kini semakin mudah diperoleh. Untuk kecemasan, kad kredit amat berguna tetapi kini penggunaannya amat berleluasa. Ia digunakan secara meluas untuk menggantikan wang. Jadi kamu sentiasa tidak sedar berapa banyak wang yang digunakan. Mudah sahaja membeli barang keinginan dan bukan keperluan. 
Dengan bayaran minimum setiap bulan, hutang kita akan bertambah dan berpanjangan. Kadar faedah yang dikenakan juga tinggi.   

No comments:

Post a Comment